Soalan Lazim Academy in Factory (AiF)

1. Apa itu AiF?

AiF adalah program kerjasama inovatif antara pihak Kerajaan, industri dan akademia dalam mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membangunkan bakat tempatan. AiF merupakan program bekerja sambil belajar di syarikat-syarikat yang telah berdaftar dibawah AiF. Peserta yang terpilih menyertai AiF akan menjalani modul program AiF selama 18 bulan yang merangkumi modul am dan modul spesifik menjurus kepada operasi syarikat yang terbabit.

 

2. Syarat kelayakan AiF?

• Warganegara Malaysia

• Berumur antara 18 - 40 tahun

• Mempunyai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M)

• Lulus ujian saringan AiF

 

3. Rakat strategik AiF?

• Kementerian Pendidikan Malaysia

• Jabatan Pendidikan Negeri

• Pembangunan Sumber Manusia Berhad

• PERKESO

 

4. Syarikat kerjasama AiF?

• http://aif.mpc.gov.my/pages/semikonduktor 

• http://aif.mpc.gov.my/pages/automotif

• http://aif.mpc.gov.my/pages/kimia-dan-bahan-termaju

• http://aif.mpc.gov.my/pages/sains-hayat-teknologi-perubatan

 

5. Adakah perantis AiF bergaji penuh?

Perantis AiF akan menerima gaji minimum penuh dan elaun-elaun lain yang disediakan oleh syarikat.

 

6. Sijil graduan AiF?

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) merupakan badan pengiktirafan bagi inisiatif AiF. Setelah tamat 18 bulan, perantis AiF akan menerima sijil graduan AiF. Sijil ini adalah setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

 

7. Cara mudah sertai AiF?

• Daftar sebagai calon perantis AiF di http://aif.mpc.gov.my/user/register

• Hadir temu duga (secara fizikal atau atas talian)

• Ujian saringan AiF (kemahiran membaca, menulis, mengira)